? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, September 13, 2009

:: OH KUIH RAYA...::

Hari nie aku blajar wat kuih siput..nasib baik menjadi...kikiki...penat tol la ari nie...buker kat luar...jln2 giant...gie butik...cari baju raya...tapi xder pun yang berkenan di hati...xper...masa untuk mencari masih ader lagiii.... :)

Monday, September 7, 2009

:: PERISTIWA NUZUL AL-QURAN ::

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sunday, September 6, 2009

:: ALATAN PENJAGAAN KUKU ::


" Sabun dan losyen yang bersesuaian perlu dalam amalan membersih dan melembap "



" Pemotong kuku juga perlu bersesuaian bagi memastikan kuku dapat dipotong dengan sempurna "




" Pemotong lebihan kulit bagi membersihkan dan membuang kulit yang tidak perlu "





" Alatan pembersihan yang juga yang membantu membersihkan kuku dan kawasan sekitar kuku "

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Saturday, September 5, 2009

:: TIPS PENJAGAAN KUKU ::

Petua menjaga dan mengelakkan kuku tercedera :

>>>Elakkan mengorek sesuatu menggunakan kuku
>>>Jangan memotong kuku hingga terlalu pendek
>>>Elakkan menggaru dengan kuat
>>>Elakkan juga selalu menukar pewarna kuku

Petua menghias kuku :

>>>Bersihkan tangan dan kuku menggunakan sabun khas
>>>Kuku disapukan losyen yang mengandungi vitamin c
>>>Kemaskan kuku dengan menggunting lebihan kuku dan kulit di sekitar kuku
>>>Licinkan permukaan kuku menggunakan alatan khas, gosok kuku dengan kain untuk membuang habuk dan kotoran yang tertinggal
>>>Mulakan menyapu pewarna bermula dari pangkal kuku hingga ku hujung dengan serata dan dibiarkan kering sendiri

Thursday, September 3, 2009

... WHO I AM...


Who I am
Get your Twitter to look nice with aCustom Twitter Backgrounds