? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, December 6, 2009

:: BENCIIIIIIII ::



em menyampah tol la senior kat tpt keje nie..blagak abih....tu la..

keje sendiri xnk wat..dera kita suruh buat..

bila bos mintak..

tercungap2 nak jawab...

senang2 nk sound kita lak...

xmalu tol la..


Tuesday, October 6, 2009

:: RAYA 2009 ::

Raya tahun nie blh dikatan agak meriah la...ader open house tetap mantain...hehe...tahun depan rumah saya lak....jom la saper yang nk dtg...di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya..maaf zahir n batin...






>> Nie masa raya pertama..nie lah my family...semoga keluarga ini terus bahagia selama2nya...amin...



>> Raya ke-2..join open house umah mak sedara...mcm2 makanan ader...penat duk mkn banyak...nie lah mak sedara,bapa sedara,sepupu n adik-beradik...ramai puan dari lelaki....hehe




>> Masa nie keluarga zulfa dari perak dtg beraya...




>> Yang nie masa beraya umah my friend..kak aini dekat kuala ibai....












Sunday, September 13, 2009

:: OH KUIH RAYA...::

Hari nie aku blajar wat kuih siput..nasib baik menjadi...kikiki...penat tol la ari nie...buker kat luar...jln2 giant...gie butik...cari baju raya...tapi xder pun yang berkenan di hati...xper...masa untuk mencari masih ader lagiii.... :)

Monday, September 7, 2009

:: PERISTIWA NUZUL AL-QURAN ::

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sunday, September 6, 2009

:: ALATAN PENJAGAAN KUKU ::


" Sabun dan losyen yang bersesuaian perlu dalam amalan membersih dan melembap "



" Pemotong kuku juga perlu bersesuaian bagi memastikan kuku dapat dipotong dengan sempurna "




" Pemotong lebihan kulit bagi membersihkan dan membuang kulit yang tidak perlu "





" Alatan pembersihan yang juga yang membantu membersihkan kuku dan kawasan sekitar kuku "

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Saturday, September 5, 2009

:: TIPS PENJAGAAN KUKU ::

Petua menjaga dan mengelakkan kuku tercedera :

>>>Elakkan mengorek sesuatu menggunakan kuku
>>>Jangan memotong kuku hingga terlalu pendek
>>>Elakkan menggaru dengan kuat
>>>Elakkan juga selalu menukar pewarna kuku

Petua menghias kuku :

>>>Bersihkan tangan dan kuku menggunakan sabun khas
>>>Kuku disapukan losyen yang mengandungi vitamin c
>>>Kemaskan kuku dengan menggunting lebihan kuku dan kulit di sekitar kuku
>>>Licinkan permukaan kuku menggunakan alatan khas, gosok kuku dengan kain untuk membuang habuk dan kotoran yang tertinggal
>>>Mulakan menyapu pewarna bermula dari pangkal kuku hingga ku hujung dengan serata dan dibiarkan kering sendiri

Thursday, September 3, 2009

... WHO I AM...


Who I am
Get your Twitter to look nice with aCustom Twitter Backgrounds


Sunday, August 30, 2009

:: DIA....::

Glitter Text
Make your own Glitter GraphicsCXNID=




em natah knp smlm termimpi seseorg yg cukup istimewa..dari sehari ke sehari..aku menjejak langkahnya...knp tetiba dia muncul dlm mimpi aku...penuh dgn tanda tanya...

:: SELAMAT HARI MERDEKA ::




Kenangan masa sambut merdeka kat taman shah bandar dgn memember..masa blajo dulu kt UDM...

Sunday, August 23, 2009

:: SELAMAT BERPUASA ::



" Selamat Menjalani Ibadah Puasa" buat semua umat islam yang di kasihi Allah sekalian...sama2 lah kita meningkatkan amal ibadat di bulan yg mulia ini..semoga hidup kita lebih diberkati..Insya-Allah..

Saturday, August 22, 2009

:: Hari Konvokesyen UDM ::


Wif my father n my mom...thanks a lot..



Bersama teman2 seperjuangan...i miss u so much...muckssss!!!

Nie hari bagia aku masa kat udm..akhirnya konvo juga last skali...




















Saturday, August 1, 2009

:: MY SIS (2) KAWEN ::



Nie masa my sis yg ke 2 kawen...pada 1 ogos 2009...










:: MY SIS (2) KAWEN..1 AUGUST 2009 ::


>> Nie masa kakak yang ke-2 kawen...tema merah....hadiah plg besar ialah sofa...hehe

:: MY SIS (2) KAWEN..1 AUGUST 2009 ::



.... Nie masa my sis yg no 2 kawen..tema merah....heheh...

Sunday, July 12, 2009

:: Jgn Terlalu Pecaya Pd Yg Bercakap Manis.. ::




Em bila di ingat..Allah sajer yg tahu perasaan nie...ku sangka berlian..upanya batu yang berlumut....penuh dgn tipu helah..

manusia apakah ini...

bagi yg terkena tu...bwk2 insaf lah yer...ingat lah sendiri..

" berbuat baik di balas baik..berbuat jahat di balas jahat.."

Itu janji Allah Ta'ala...Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui...






Tuesday, May 12, 2009

>> My Sis Kawen..<<

Nie masa my sis yg sulong kawen..em meriahnye blh tahan la gak...semoga berbgia buat selama2nyer..

Monday, May 11, 2009

:: Resepi Kek Coklat Mocca Kukus ::

Bahan :

>A1 Ketul butter [250 gm]
>1 cawan serbuk koko
>1 cawan brown sugar /gula kastor
>1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
1/2 cawan susu manis
>3 biji telur
>1 tsp esen vanilla
>1 1/4 cawan tepung gandum
>1 tsp baking powder di ayak bersama 1/2 tsp soda bicarbonate }


Cara Membuatnya:

1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana�.kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.

2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].

3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.

4. Panaskan kukusan.

5. Tuang adunan dalam acuan .

6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.

**Make sure tudung kukusan kering semasa menutup semula periuk kukusan.Selamat mencuba.

Monday, May 4, 2009

Kissah Cinta Kita



Setelah sekian lama menahan sebak didada…setelah bermacam-macam usaha yang telah dilakukan untuk menyelamatkan hubungan cinta yang selalu goyah…akhirnya ia berakhir begitu sahaja…biar perit untuk di luahkan kata-kata “ putus “ itu…tapi ianya kerana terpaksa..kerana tahap kesabaran seseorang juga ada hadnya....
Setelah beberapa kali hati disakiti,di seksa…namun aku tetap bersabar..demi menyelamatkan keadaan dan demi memegang amanah Cinta yang telah di amanahkan-Nya padaku..tetapi aku kecewa dengan diri sendiri…..kecewa degan apa yang berlaku…dengan berakhirnya kisah cinta kita ini,aku hanya mampu untuk berdoa dan memerimanya dengan redha…
Sekirannya ada jodoh kita di masa akan datang…aku sanggup terimanya kembali..kerana aku terlalu sayangkan mu…ceeewah…hehe..
Ini hanya nukilan dariku untuk teman-teman yang senasib dengan hamba Allah ini…semoga perpisah ini syg..dapat memberi ruang untuk kita lebih berfikiran terbuka dan lebih menjadi matang…
Kita berkasih dengan cara yang baik..jadi kita berpisah juga dengan cara yang baik…sebesar kuman pun aku tidak berdendam kepadamu syg…aku sentiasa doakan segala kebaikan yang telah engkau lakukan padaku….sekiannn…

Wednesday, April 15, 2009

:: Kerje oh Kerje ::

em ari nie aku start keje ( 15/4/2009 )..hilang la skit puas...almaklumlah..bukan suka duk sajer2 pun...sekurang2nya dpt la gak pengalaman sikit...jom la dtg kat Tenaga Gemilang...dealer suzuki,mitsubishi n ford....mana tahu kot dpt murah skek...hehhe...

Saturday, April 4, 2009

Under Construction...

Aduhai..lamanya tak hirau kat blog nie..maklumlah busy memanjang...emm busy ape ntah...hehe...buat teman-teman tersayang..terima kasih kerana melawat blog yang tak seberapa ini...salam perkenalan kepada teman-teman baru ye..

Friday, April 3, 2009

My Friend kawin...


Nie masa majlis kahwin my friend..nama nye wani gak..satu kelas masa kat Udm dulu…alahai..dah kawin yer kamu cik wani..hanya doa kebahagiaan yang dapat ku kirimkan pada mu yer sayang…hehe..





Sunday, January 18, 2009

i no komen....


waduh....pasangan bahagia...kiki

Saturday, January 17, 2009

Alaa... Comelnyer...


Waduh..waduh....nie ape kes lak Mat Pi nie sanding sorang2 nie...hehehe..Mat Pi nie abg kpd Mat Ber..


Ha.. nie la Mat Ber...Hensem kan...?...posing maut tu...nak wat kad pengenalan ker?



Eeeeeee.....tak sopannyer Mat Ber nie..ader ke tido mcm tu..malu ler org tgk....

Tgk...x habis2 nak mengada yer...tido pun nak peluk bantal....



Aiii...Mat Ber pun nak solek jugak ker...nak gie ngorat aweks ah tu...





Ala....comelnyer....tido berselimut...curi selimut tuan dier er...












Friday, January 16, 2009

8 Sifat Wanita Yg Disukai Lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

Anugerah Dekan

Nie saje jer belakon jd MC....kikiki




Nie kenangan manis masa majlis anugerah dekan...nie la awek2 cun my class...yg jejaka hensem berbaju biru tu..head of management department...n my lect..



Thursday, January 15, 2009

Rahsia Tahi Lalat

Hahaha. Mari-mari kita hiburkan hari ini dengan mengetahui rahsia tahi lalat. Semua orang ada tahi lalat. Tetapi tak tahu la saya kalau-kalau ada orang yang langsung tiada tahi lalat ini...hehe


Tahi Lalat Bibir atas kanan ..................... Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri Ramai kawan..................... Baik hati
Bibir bawah kanan.....................................Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri..........................................Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan...............................................Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri....................................................Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah..........................................Tercapai cita-cita
Biji mata kanan..........................................Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri...............................................Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan...................................Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri .......................................Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan........................................Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri.............................................Malas dan suka duduk
Betis kanan.................................................Suka berhibur, boros
Betis kiri......................................................Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan................................................Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri ....................................................Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan ...............................Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri .................................. Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang ..........................Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan .............................................Cerdas dan cekap
Kening kiri ..................................................Cerdas dan sopan santun
Tengah kening............................................Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan .................................Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri ......................................Suka berpoya-poya
Ketiak kanan ............................................. Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri Jujur, ...................................... Banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan ..........................Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri................................Kehendak kuat
Batang hidung........................................... Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung ..............................................Banyak rezeki
Dagu bawah kanan ...................................Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri .......................................Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri.......................Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) ....................Bakal beristeri dua
Tumit kanan .............................................Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri..................................................Baik budi
Alis kanan .................................................Suka menolong dan baik hati
Alis kiri ......................................................Ramai yang suka
Pangkal peha kanan ................................Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri .....................................Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan .................................Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan .........................................Suka menolong
Jari kaki kiri ............................................. Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan ...............................................Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri ....................................................Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan ......................................Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri ...........................................Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan ............................................Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri .................................................Menepati janji dan rajin
Pipi kanan ...................................................Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan .......................Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri .............................Ramai teman
Ubun-ubun .................................................Kurang jujur
Pusat ...........................................................Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan ...............................Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri ....................................Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan ..........................................Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri ...............................................Disayang pasangan hidup
Dada kanan .................................................Dapat mengatasi masalah
Dada kiri ......................................................Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan ...................................Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri ........................................Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan .....................................Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri ......................................... Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan ......................................Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri ...........................................Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan ........................Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri ............................ Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan .......................Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri ............................Dapat berpangkat
Perut bawah kanan ...................................Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri ........................................Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam ..........................Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam .............................. Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar ..............................Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri ................................................... Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan ...............................................Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas ..........................Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas ...............................Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah ......................Agak malas
Kelopak mata kiri bawah............................Agak bodoh, kurang bijaksana

Wednesday, January 14, 2009

Untukmu Teman..

Sahabat,
Di kala aku keriangan,

Mendengar sang camar bersiul riang,

Di waktu itu,

Kaulah teman ketawaku,


Sahabat,

Di kala aku kesedihan,

Mencari sinar pengharapan,

Di tika itu,

Kaulah teman menangisku,


Sahabat,

Tiba kini detik perpisahan,

Mawar merah kuhulurkan,

Tanda persahabatan Yang berkekalan....